“Sedih Omma Kalau Tengok Gambar Ni” Netiz3n Tegur ‘Boyfriend Baru’ Farah Lee



Sebelum ini hangat diperkatakan yang Farah Lee sudah pun menemui kekasih hati yang baru selepas pencer4iannya dengan slebriti TV3, Ally Iskandar. Walaupun dilihat sekadar bergurau, tetapi ramai yang menyokong dan berharap Farah benar-benar mempunyai hubungan istimewa dengan instafamous berbangsa asing iaitu Arthur Rashid.

Arthur dan Farah juga dilihat kerap memuat naik gambar bersama untuk mempromosikan fesyen terbaru keluaran Farah, edisi khas untuk Aidilfitri yang akan datang.

Disebabkan harapan untuk melihat Farah menjalinkan hubungan dengan Arthur sangat tinggi, peminat Farah telah meninggalkan komen di salah satu foto terkini Arthur bersama wanita lain di akaun Instagram milik jejaka tampan itu.


“Sedih Omma (Farah) kalau tengok gambar ni,” antara komen yang ditinggalkan oleh peminat Farah atau lebih dikenali sebagai Omma itu..




Memberi reaksi kepada komen-komen n3tizen tersebut, Arthur memberi jaminan yang Farah tidak cemburu.




Malah, lebih melucukan apabila Farah turut memberi reaksi dan turut bergurau dengan Arthur.






“Sweet” pulak Farah dengan Arthur ni kan? Walaupun mereka hanya bergurau, tetapi tidak mustahil kalau kedua-duanya jatuh cinta nanti. Aamiinn! Sumber Forum cari

Artikel berkaitan ‘Semangat Farah Lee Perlu Dijadikan Contoh Remaja Zaman Sekarang, Kenapa?’

Siapa sahaja pengguna instagram pastinya akan mengenali ibu tunggal ini yang selalu bersemangat menjalani kehidupannya bersama puteri sulung beliau, Maream Esabel, yang kini berusia 4 tahun.

Farah Lee bukanlah seorang yang famous seperti Fazura atau Scha Al Yahya tetapi, dengan memiliki background pendidikan yang cemerlang beliau mempunyai pengikutnya tersendiri di laman sosi4l tersebut. Malah, kehidupan peribadi beliau juga mula mendapat perhatian n3tizen apabila Farah sah bercer4i dengan bekas suaminya yang juga personaliti TV popular, Ally Iskandar.

Patut dijadikan sumber inspirasi. Memiliki latar pendidikan yang pastinya mampu dibanggakan, Farah Lee sekali lagi turut mencabar diri beliau apabila mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di University of Leeds, United Kingdom dalam bidang Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak. Malah, ibu tunggal ini juga turut berhijrah di Kota London bersama puteri sulungnya itu.

Dan, sebelum mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master ini, Farah juga turut memiliki ijazah dalam bidang Kejuteraan Mekanikal dari Inha University, Korea Selatan.

Perkongsian Farah mengenai penghijrahannya untuk menuntut ilmu dan menimba pengalaman di kota asing ini merupakan salah satu perkara terbaik buat dirinya dan Maream. Malah, rata-rata followers beliau mengucapkan tahniah dan ada juga yang menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi untuk terus maju kehadapan.

Semoga perkongsian Farah Lee ini sentiasa menjadi inspirasi buat remaja dekat luar sana. Mana taknya, rasanya masyarakat kita sekarang ni terutamanya golongan remaja semakin tenat dengan masalah sosial yang semakin berleluasa. Apapun, semoga berjaya buat Farah Lee dan Maream!

Bukan senang untuk melanjutkan pelajaran di negara orang, lebih-lebih lagi terpaksa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Good Luck F.L! 



No comments:

Post a Comment

Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas ‘Confirm’ Ketagih

Setiap kali bulan puasa, tak sah rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan. Selain makanan kegemaran, antara yang paling dicari adalah m...