N3tizen Speku Baby Shima Kini ‘Rapat’ Dengan Artis Terkaya Indonesia


Seperti yang dilaporkan oleh beberapa media tempatan di Indonesia, Baby Shima dikhabarkan kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pengacara dan pelawak Entis Sutisna atau Sule.



Hubungan rapat mereka berdua bermula setelah Shima menjadi bintang tetamu undangan sebuah acara yang dikendalikan oleh Sule. Kemudia pada pertemuan kedua, Shima akui baru merasa dekat dengan duda empat orang anak itu.

“Awal pertemuan dia agak serius orangnya dan Shima takut mahu tegur. Kemudia di belakang stage itu dia tegur Shima,” katanya kepada blog hiburan Suara




“Dan selepas dia minta WhatsApp Shima. Baru dia chat lah bila kenal dia baru tahu dia orangnya ramah dan sangat ambil berat,” kata Shima lagi. Shima sekarang sudah mula sering berkomunikasi dengan bapa kepada penyanyi Rizky Febian itu.

“Kadang kita jauh dia video call tanya khabar Shima gitu sajalah. Shima sebenarnya minat dengan dia sebab dia lawak. Shima fanslah. Memang minat lah dengan dia,” kata Baby Shima.

Tidak hanya mengungkapkan rasa minat kepada Sule, Shima juga mengaku sudah bersedia jika dirinya dilamar oleh Sule. Dia tidak menolak jika lelaku tersebut merupakan jodohnya.

“Ya, tak nak cakap macam mana (lamar), kalau jodoh seseorang tu ditentukan sama Allah lah. Jadi kalau sudah ditentukan ya alhamdulillah,” katanya kepada laman hiburan celebrity.okezone

Sule Merupakan Antara Artis Terkaya Di Indonesia. Sule terkenal menerusi rancangan bual bicara ‘Ini Talk Show’ merupakan salah satu artis terkaya di Indonesia yang memiliki kekayaan hingga Rp20.5 miliar. Nilai kekayaannya datang di berbagai acara TV, bintang filem, sineteron, dan iklan. Selain itu juga, diketahui Sule memiliki syarikat production bernama Sule Enterprise.

Sumber Hangat

Artikel Berkaitan ‘Biodata Penuh Baby Shima, Peserta Big Stage Dan Penyanyi Lagu Roadblock Hatiku’

Nama penuh Nor Ashima Ramli, Nama pentas Baby Shima. Tarikh lahir 20 September 1992​ dan Umur 26 tahun. Asal Permas Jaya, Johor Bahru. Label Nagaswara (Indonesia)​ dan Pekerjaan Penyanyi.

Media sosial Twitter @aicobabyshima, Instagram @babyshimaofficial, Facebook Baby Shima, Youtube Baby Shima dan Tik Tok babyshima

Fakta Menarik

#1. Aktif menyanyi lagu cover di aplikasi Smule dan laman Youtube. Bagaimanapun mula mendapat perhatian selepas berduet dengan Khai Bahar di Smule di mana lagu Gurauan Berkasih nyanyian mereka telah meraih lebih 20 juta tontonan.

#2. Mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dengan pengurusnya sendiri, Mohd Afrendie Affendy (Andy) selepas lima tahun berkenalan. Antara single lagu yang pernah dihasilkannya seperti Tak Sabar, Nombor Dua, Makan Hati, Lelaki Lama, Kangen Rosul, Jaran Ucul, Main Mata, Sirna dan terkini, Roadblock Hatiku (duet bersama Floor 88).

#3. Turut menyanyikan lagu tema Mawar Putih Tanda Perpisahan untuk drama dengan judul sama, arahan Bade Hj Azmi, terbitan Datuk Rosyam Nor pada tahun 2013. Pernah membintangi telefilem Ayam Ribut Syawal sebagai watak utama, siaran TV3 pada tahun 2014.

#4. Antara pencapaiannya dalam bidang hiburan ialah pernah menjuarai Mangga Star Search 2009, bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010, juga juara program KPOPNya Raya (Astro Ria),

tersenarai dalam pencalonan awal bagi kategori Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012, Top 24 D’Academy Asia musim ketiga, tercalon dalam kategori Pendatang Baru Dangdut Terpopular Anugerah Dangdut Indonesia 2017 (MNCTV) dan menjadi finalis akhir program realiti Big Stage 2018.

#5. Pernah tul4r kerana dimarahi penyanyi dangdut, Mas Idayu dalam program D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia. Sekali lagi Shima menjadi bualan hangat kerana pengs4n di konsert minggu kedua Big Stage sejurus selepas membuat persembahan. Sumber iluminasi



No comments:

Post a Comment

Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas ‘Confirm’ Ketagih

Setiap kali bulan puasa, tak sah rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan. Selain makanan kegemaran, antara yang paling dicari adalah m...