Adakah Acap Diambil Bunian? Akhirnya Remaja Yang Pernah Hilang di Broga Buka Mulut Dan Beritahu Sesuatu



Seorang pemuda yang pernah ‘dijaga bunian’ sepanjang tujuh hari hilang di Bukit Broga, dua tahun lalu, turut membantu pihak penyelamat mencari peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, semalam.

Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 22, mendaki Bukit Batu Putih bersama bomba bagi meninjau lokasi terakhir Mohammad Ashraf, 29, yang dikenali sebagai Acap sebagai salah satu ikhtiar untuk mengesan mangsa.

Menurutnya, kehilangan Acap menarik perhatiannya untuk turut membantu buat pertama kali selepas insidennya berkaitan dengan mistik mendapat liputan meluas di media sosial.

” Saya dan ibu, Rohana Saad, 51, sudah lama merancang untuk turun ke Gopeng membantu berdasarkan pengalaman dan baru hari ini (semalam) saya berkesempatan untuk datang.


Bukan depa (bunian) yang ambik Acap

” Apa yang boleh dikatakan bukan depa (bunian) yang ambik dia (Acap), malah saya dan ibu tidak merasai kehadiran dia (Acap) di bukit itu dan di Gua Kandu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang, di sini.

Mohd Azarul Mukhriz berkata, dia mengharapkan agar keluarga Acap dapat mengharungi dugaan itu dengan lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Sementara itu, Rohana berkata, doa ibu adalah yang terbaik dalam membantu memudahkan operasi mencari anaknya meskipun kehilangannya sudah memasuki hari ke-20.

” Dugaan ibunya kali ini adalah yang terhebat berbanding saya. Saya lihat pelbagai ikhtiar telah dijalankan dan diharapkan keluarga mereka sentiasa berdoa dan membaca al-Quran agar Acap segera ditemui,” katanya.

Azarul Mukhriz ceritakan ‘pengalaman’ beliau disorok bunian..

Kuala Lumpur: Hilang disorok bunian, bertemu ‘penjaga’ bukit, mengikut sekumpulan lelaki berjubah putih. Itu antara dakwaan orang ramai mengenai kehilangan Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20.



Dia yang hilang selama tujuh hari di Bukit Broga, Semenyih menyangkakan tersesat selama tiga hari sebelum ditemui orang awam, 11.15 pagi, 28 Januari lalu.

Namun tiada siapa yang tahu, apa sebenarnya yang berlaku kepada dirinya. Ikuti temubual wartawan, bersama Mohd Azarul Mukhriz menerusi panggilan telefon, yang masih berehat di rumah keluarganya di Kampung Sungai Reba, Kota Kuala Muda, Kedah.

Wartawan: Azarul sihat? Azarul: Sihat, Alhamdulillah.

Wartawan: Azarul masih ingat apa yang berlaku semasa kejadian itu? Azarul: Tak berapa ingatlah.

Wartawan: Apa yang terakhir Azarul ingat? Azarul: Masa awal ‘dia’ bawa pi je lah.

Wartawan: Siapa ‘dia’ tu? Azarul: Ada budak tu ajak pi.

Wartawan: Ajak pi mana? Atas tu? Azarul: Haah, atas tu, atas Gunung Tok Wan tu.

Wartawan: Budak mana? Kawan ke atau Azarul tak kenal? Azarul: Budak tak kenal. Budak kecil.

Wartawan: Umur dalam berapa? Azarul: Kalau nak agak-agak tu dalam 9 tahun kot.

Wartawan: Lepas itu Azarul ikut dia? Azarul: Haah, ikut. Lepas tu tak ingat.

Wartawan: Bila Azarul sedar tersesat, apa yang Azarul buat? Tidur macam mana? Azarul: Tidur atas batu. Tak makan langsung. Minum air yang ada.

Wartawan: Ingat tak bila Azarul panggil minta tolong? Azarul: Masa tu, pagi… matahari suluh mata. Azarul ikut cahaya matahari tu keluar. Azarul ikut cahaya matahari tu keluar, dengar suara Mat Saleh sembang.

Wartawan: Sebelum hari tu, Azarul ada dengar suara siapa-siapa? Azarul: Tak dengar.

Wartawan: Bila dah jumpa mereka, apa yang Azarul rasa masa tu? Azarul: Rasa lega dapat keluar juga. Syukur kepada Tuhan. Ingat tak boleh keluar dah.

Wartawan: Masa itu Azarul ingat dah berapa hari? Azarul: Rasa tiga hari je macam tu.

Wartawan: Bila turun, jumpa keluarga dan mak? Azarul: Keadaan tu sedihlah… keadaan sedih.

Wartawan: Masa mula mendaki tu Azarul dengan siapa? Azarul: Dengan bos (majikan). Keluarga dia sekali dalam lapan orang.

Wartawan: Masa tersesat tu Azarul buat apa? Azarul: Ada ingat keluarga, mengaji, mengaji surah Yassin.

No comments:

Post a Comment

Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas ‘Confirm’ Ketagih

Setiap kali bulan puasa, tak sah rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan. Selain makanan kegemaran, antara yang paling dicari adalah m...