Bertudung Di Kelantan, Sajat Bakal Disaman Kerajaan Negeri?
Umum sedia maklum, status jantina usahawan komestik Sajat masih lagi menjadi tanda tanya. Baru-baru ini, Sajat ke Kota Bharu, Kelantan bagi menjayakan pesta jualan popular Mood Republik dengan memakai baju kebaya serta lengkap bertudung.
Penampilan Sajat itu dikecam teruk oleh netizen serta turut mendapat perhatian Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang mahu kerajaan negeri mengeluarkan saman ke atas Sajat dan melarang usahawan tersebut untuk datang ke Kelantan.
Tindakan perlu diambil berikutan apa yang dilakukan oleh Sajat itu jelas bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan corak pentadbiran Islam.
Jelasnya lagi,sebelum ini kerajaan negeri Kelantan dilihat cukup lantang menolak LGBT, namun berkenaan isu Sajat tiada sebarang tindakan yang diambil.
“Jadi saya mahu kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan saman ke atas Nur Sajat dan ‘gam’ usahawan kosmetik itu dari masuk ke negeri ini.
“Saya nak tanya, mana corak Islam yang dilaungkan sebelum ini. Adakah sekadar hendak meraih kuasa saja baru nak bercakap soal Islam.
Dalam pada itu, rata-rata netizen mahukan Kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap isu tersebut. Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan negeri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas ‘Confirm’ Ketagih
Setiap kali bulan puasa, tak sah rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan. Selain makanan kegemaran, antara yang paling dicari adalah m...
-
Dalam hidup anda berapa kali dah hilang motor? Saya dah pernah hilang 2 kali. Yamaha RX-Z dan Yamaha 125Z. Sejak itu memang serik dah nak...
-
Tanpa stamina yang cukup, manusia akan mudah merasa lelah dalam menghadapi kerasnya aktivitas sehari-hari. Namun bukan berarti kita tak b...
No comments:
Post a Comment