Mereka Rendam Ayam KFC Dalam Air Zam Zam Dan Air Mineral Selama 4 Hari. Apa yang Terjadi Selepas Itu Memang Mengejutkan



Mereka Rendam Ayam KFC Dalam Air Zam Zam Dan Air Mineral Selama 4 Hari. Apa yang Terjadi Selepas Itu Memang Mengejutkan

DARIPADA Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik air di permukaan bumi ialah air zam-zam, padanya terdapat makanan yang menyegarkan dan padanya terdapat penawar bagi penyakit.”

Kehadiran air zam-zam adalah lambang kekuasaan Allah SWT melalui peristiwa Nabi Ismail a.s dan ibunya Siti Hajar.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Justeru, tidak hairanlah umat Islam diseru untuk meminum sebanyak mungkin air tersebut apabila berada di Tanah Suci. Mereka juga disunatkan membawa pulang ke tanah air masing-masing.

Rasulullah SAW merupakan orang pertama membawa air itu keluar dari kota Mekah, iaitu untuk ke Madinah. Bagi memastikan keaslian dan memudahkan umat Islam mendapat air tersebut, kerajaan Arab Saudi melaksanakan Projek Air Zam-Zam Raja Abdullah Ibn Abdul Aziz.

ORANG ramai mengambil kesempatan meminum air zam-zam yang disediakan

Melalui sabda Rasulullah SAW dan penjelasan ulama, air zam-zam memiliki keberkatannya, antara dalil-dalil berhubung perkara itu ialah:

Daripada Jabir dan Ibnu ‘Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda,Air zam-zam tergantung niat orang yang meminumnya.

Ibnu Taimiyyah berkata, Seseorang disunatkan untuk meminum air zam-zam sampai benar-benar kenyang, dan berdoa ketika meminumnya dengan doa-doa yang dikehendakinya. Tidak disunatkan mandi dengannya (menggunakan air zam-zam)

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. Rasulullah SAW bersabda : Air zam-zam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air zam-zam adalah galian Jibril a.s. dan curahan minuman daripada Allah kepada Ismail a.s.

Ibnu Abbas r.a berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,Kami menyebut air zam-zam dengan syuba’ah (yang mengenyangkan). Dan kami juga mendapatkan, air zam-zam adalah sebaik-baik pertolongan (keperluan atas kemiskinan).

Mereka membuat 1 ujian dimana 2 cebisan ayam dari KFC diletakkan ke dalam air zam zam dan air mineral dan dibiarkan selama 4 hari di luar rumah.

Tujuan mereka membuat ujian ini adalah untuk membuktikan kehebatan air zam zam. Dengan ujian ini mereka akan membuat penilaian dari segi tekstur ayam selepas dibiarkan selama 4 hari.

SELEPAS 4 HARI

2 cebisan ayam tersebut diletakkan didalam kotak terbuka dan disaat kotak itu dibuka selepas 4 hari, keluar satu bau yang amat busuk.

Ketika membuat pembandingan mereka dapati tesktur ayam diletakkan di dalam air zam zam lebih sempurna dan ayam itu masih lembut dan terapung manakala yang diletakkan di dalam air mineral ayam tersebut menjadi keras dan cebisan ayam tersebut tenggelam di dalam cawan.

Subhanallah, ini lah kekuasaan Allah SWT. Samada mereka mencuba makan atau tidak ayam tersebut, admin rasa tak la mereka makan.

No comments:

Post a Comment

Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas ‘Confirm’ Ketagih

Setiap kali bulan puasa, tak sah rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan. Selain makanan kegemaran, antara yang paling dicari adalah m...