Mas1h Ingat Gadis Dik3cam Nyanyi Live Kerana Sumbang, Neera Azizi Kini Tukar Kerjaya
Selepas dikecam kerana nyanyian, Neera Azizi tukar kerjaya jadi pramugari. PELAKON Neera Azizi memberitahu dia kini sudah menukar kerjaya kepada seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan. Meskipun sibuk dengan kerjaya baharu itu, Neera berkata dia tidak akan meninggalkan dunia seni dan masih menerima tawaran lakonan.
“Insya-Allah awal bulan Mei ini saya akan memulakan kerjaya sebagai pramugari di Malindo, sekarang ini masih mengikuti kelas dan kursus cabin crew. Saya anggap ini sebagai rezeki dan sumber pendapatan tetap. Sejujurnya, saya memang sukakan kerjaya baharu ini.
“Tapi jangan risau, saya masih ada dalam bidang lakonan dan tak akan tinggalkan karier seni ini,” katanya kepada mStar. Sementara itu, pelakon drama Miss Kapten Cikgu Waiz ini berkata tiada masalah untuk dia meneruskan bidang lakonan kerana telah mendapat persetujuan daripada syarikat penerbangan berkenaan.
Malah, pihak pengurusan turut memberikan ruang kepadanya dan membantu menguruskan jadual kerja. “Alhamdulillah, pihak syarikat memberi kebebasan kepada saya untuk terus jadi pelakon. Maksudnya kalau ada penggambaran, mereka akan bagi pelepasan kerja.
“Buat masa ini saya tak nampak apa-apa masalah kerana shooting pun kebiasaannya hujung minggu. Semasa usia muda inilah kena cari duit lebih dan kerja keras,” ujarnya.
Sebelum ini, nama Neera Azizi menjadi perbualan hangat n3tizen apabila tular video nyanyiannya yang dikatakan sumb4ng ketika sedang bersiaran langsung di satu program televisyen swasta.
Sumber mstar
Artikel berkaitan ‘Neera Azizi Sumb4ngnya menyanyi’
KONONNYA, apa yang dilakukan oleh pelakon Neera Azizi baru-baru ini menerusi kemunculannya dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 , semuanya adalah sekadar gimik mahu tul4r di ruang maya sahaja.
Menyanyi dengan suara yang sangat sumb4ng, Neera tidak lebih daripada sekadar artis yang memang kelihatan terhegeh-hegeh mahukan publisiti daripada pelbagai cabang media.
Mungkinlah dari satu sudut,niatnya cuma mahu mengembangkan bakat dalam cabang seni yang lain selepas menceburi bidang lakonan dan menempa nama menerusi pembabitannya dalam drama berjudul Miss Kapten Cikgu Waiz dan Sayangku Kapten Mukhriz.
Tetapi siapa sangka, percaturannya itu semacam tidak menjadi. Mengharap pujian, sebaliknya kata kejian yang diterima Neera gara-gara insiden di MHI tempoh hari. Berpeluang berbual dengan pelakon berusia 20 tahun ini menerusi telefon, Neera berkongsi pandangannya mengenai apa yang berlaku meski terpaksa berdepan dengan kecaman orang yang menggelarnya sebagai penyanyi sumbang syok sendiri.
Neera apa yang berlaku di MHI tempoh hari?
Sebenarnya ia adalah sesuatu yang tidak dijangkakan. Sewaktu menyanyi secara langsung di MHI baru-baru ini, saya dan pengurus dapati mikrofon terlebih echo sebab itu kalau diamati, kedengaran seperti ada dua suara. Tapi itu tidak menjadi masalah besar sangat sebab waktu saya tengah live, pengurusan dan peminat yang datang di lokasi ada merakamkannya juga.
Kalau dibandingkan semula dengan video yang ditul4r di media sosi4l,bunyinya berbeza. Saya tak tahu macam mana boleh jadi begitu. Mungkin ia kerana bunyi di televisyen lain atau video yang disebarkan itu tidak ada kualiti yang sama.
Waktu di majlis pelancaran single Rasa Hati sebelum ini tiada masalah. Wartawan pun ramai yang datang dan mereka tidak ada k0men apa-apa pun masa tu. Jadi saya anggap semuanya okey sajalah dari aspek nyanyian.
Pernah terfikir yang barangkali lagu itu tidak sesuai dengan awak?
Mungkin, tapi itu berdasarkan sesetengah pendapat orang. Setiap pandangan tidak sama. Kalau ya pun lagu tu dikatakan tiada kualiti, selepas ini saya akan cuba bawakan genre lain yang lebih bersesuaian dan cari material yang lebih berkualiti.
Bila orang kata baik awak tak payah menyanyi dan tumpu pada lakonan sahaja, apa komen? Tak ada masalah sebab dari awal lagi saya memang dah bersedia menerima krit1kan. Bukan setakat dalam bab menyanyi, berlakon dan mengacara juga.
Malah, hal macam ini bukan saya seorang saja yang pernah alami. Sebelum ini artis senior dan popular lain pun pernah dikr1tik. Tak mahu berfikiran negatif, jadi saya rasa lebih baik ambil sudut positif sahaja. Lagipun kita tak boleh puaskan hati semua orang. Biarlah apa orang nak kata asalkan saya tahu apa yang dilakukan.
Jadi awak ni jenis yang tak boleh ditegur atau macam mana? Eh tak adalah saya okey sahaja. Orang menegur tu maksudnya mereka memberi perhatian kepada kita,kan? Apa pendapat Neera bila awak dituduh sengaja cipta insiden itu kerana mahu tul4r?
Ramai juga yang cakap, kononnya semua ini adalah strategi pemasaran nak naikkan nama mahupun lagu tu. Tetapi, kalau betul saya nak buat begitu, kenapalah saya tergamak nak memalukan diri sendiri dan biarkan imej tercalar? Tuduhan macam tu tak benar. Kalau atas tujuan pemasaran, ada banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan.
Tapi bukan orang kita suka tul4rkan perkara yang negatif? Betul juga tu. Orang kita ni benda tak baik tu laju saja dijadikan bahan tul4r. Macam satu kesilapan kecil, benda itulah yang jadi bahan kec4man dan disebarkan. Saya pun tak nak melatah cepat sebab dari segi lain, sekurang-kurangnya orang tahu kewujudan saya dalam bidang nyanyian dan lakonan.
Apa perancangan Neera selepas ini biarpun sudah dikenali sebagai artis bersuara sumb4ng? Sebenarnya selepas apa yang terjadi, ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk tunjukkan pada semua yang saya ada bakat menyanyi. Lepas ini saya akan cuba memperbaiki diri dan masuk kelas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas ‘Confirm’ Ketagih
Setiap kali bulan puasa, tak sah rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan. Selain makanan kegemaran, antara yang paling dicari adalah m...
-
Dalam hidup anda berapa kali dah hilang motor? Saya dah pernah hilang 2 kali. Yamaha RX-Z dan Yamaha 125Z. Sejak itu memang serik dah nak...
-
Tanpa stamina yang cukup, manusia akan mudah merasa lelah dalam menghadapi kerasnya aktivitas sehari-hari. Namun bukan berarti kita tak b...
No comments:
Post a Comment