“Kalau mereka tidak tahu mengenai kami anak-beranak, jangan cakap sebarangan” Normah Damanhuri Sedih Baca K0men N3tizen
KUALA LUMPUR: Masih panas dengan kontr0versi penari lelaki berpakaian wanita s3ksi membuat persembahan pada majlis perkahwinan anak, Normah Damanhuri mengaku k0men n3tizen membuat dirinya sedih terutama apabila dikr1tik cara dia mendidik keluarga.
Normah berkata, sebagai ibu, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menegur anak-anak jika ada perkara yang dirasakan tidak betul dilakukan mereka. “Saya tak tahu nak cakap apa… Orang selalu nampak saya membiarkan apa sahaja anak buat.
“Tetapi sebagai ibu, semestinya saya menegur mereka tanpa henti jika ada salah silap pada pandangan mata saya. Takkan saya nak biarkan sahaja? Benda yang tidak elok saya tak sokong, begitulah juga sebaliknya… Masing-masing sudah besar,” katanya kepada BH Online.
Baru-baru ini, netiz3n mengkr1tik klip video yang memaparkan aksi penari dipercayai lelaki menyerupai wanita sedang berdansa dengan rutin disifatkan keterlaluan pada majlis perkahwinan anak Normah, Ahya Rosli yang berkonsepkan tradisional Melayu.
Klip video itu tul4r selepas dikongsi kakak Ahya, Liana atau lebih dikenali sebagai Kak KM di Instagram. N3tizen bagaimanapun, menyelar persembahan itu dan menyifatkan Ahya tidak wajar membenarkan penari beraksi sedemikian pada majlis yang dihadiri kanak-kanak dan warga emas.
Dalam permohonan maafnya, Normah menjelaskan, beliau tidak sangka persembahan hiburan untuk tetamu itu mengundang perasaan kurang senang netiz3n sehingga keluarganya menerima kritikan hebat.
Normah berkata, dia bagaimanapun tidak marah kepada netiz3n. “Cuma, sesetengah k0men mereka membuatkan saya sedih. Ada yang mengatakan, apabila kena hentam barulah nak minta maaf.
“Ada juga yang menganggap saya menyokong perkara ini dan saya jugalah yang merakamkan videonya. Saya tak faham kenapa mereka suka membuat tuduhan sebarangan?” katanya. Ditanya mengenai beberapa k0men yang dilayangkan membangkitkan kemarahan n3tizen, Normah berkata:
“Betul, saya sempat membalas k0men n3tizen. Saya k0men bukan kerana n3tizen mengkr1tik majlis itu, tetapi mereka pergi ke ‘posting’ gambar lain dan menghentam kami anak-beranak menggunakan kata-kata yang sangat kesat.
“Walaupun anak-anak sudah melarang saya daripada membalasnya, sebaliknya abaikan sahaja k0men terbabit. Namun, sebagai ibu, saya marah kerana mereka bercakap mengenai anak-anak saya seolah-olah mereka tiada agama… Saya bukannya malaikat.”
Normah kesal n3tizen yang tidak tahu hal-ehwal keluarganya, melemparkan tuduhan sesuka hati. “Kalau mereka tidak tahu mengenai kami anak-beranak, jangan cakap sebarangan. Apakah mereka tahu bila anak saya bersedekah, bila anak-anak ke masjid, bila mereka membantu golongan memerlukan? Tidak… Mereka tak tahu kerana keluarga kami bukannya suka menunjuk-nunjuk perkara kebaikan yang dibuat.
“Kerana terlalu geram, saya membalas k0men mereka. Tetapi tidak lama kemudian, saya padamkan semula,” katanya. Ahya atau nama penuhnya Ahya Ulumuddin Rosli, 32, bernikah dengan gadis pilihan yang dikenali sebagai Shahirah di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur, pada 29 Mac lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas ‘Confirm’ Ketagih
Setiap kali bulan puasa, tak sah rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan. Selain makanan kegemaran, antara yang paling dicari adalah m...
-
Dalam hidup anda berapa kali dah hilang motor? Saya dah pernah hilang 2 kali. Yamaha RX-Z dan Yamaha 125Z. Sejak itu memang serik dah nak...
-
Tanpa stamina yang cukup, manusia akan mudah merasa lelah dalam menghadapi kerasnya aktivitas sehari-hari. Namun bukan berarti kita tak b...
No comments:
Post a Comment