Hanya 3 Minggu Tayangan Tapi Filem Upin Ipin Catat Kutipan RM25Juta Rekod Tertinggi Filem Animasi



Membanggakan, hanya dalam tempoh 3 minggu tayangan, filem animasi terhangat Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal berjaya mengutip RM25 juta dengan jumlah penonton mencecah 2 juta orang.

Ia sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam. Berita itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram Upin Ipin Official.


Menariknya filem Upin Ipin kali ini bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak tetapi mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang dewasa juga.

Mempunyai jalan cerita yang menarik, penggembaran Upin Ipin kali ini bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam bilik stor. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa bertemu dengan pelbagai watak dalam dongeng rakyat seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang.

Tahniah kami ucapkan kepada seluruh team Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal yang berjaya menghasilkan karya yang cukup hebat. Sumber Berita : Instagram Upin Ipin Official via beautifulnara

Artikel Berkaitan ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal kutip RM25 juta’

Jumlah kutipan itu juga sekali gus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam Malaysia, mengalahkan filem antarabangsa, Incredibles 2 yang memegang rekod berkenaan, sebelum ini.

Burhanuddin berkata, filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga akan ditayangkan di beberapa negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia. “Di Vietnam, ia akan mula ditayangkan pada 26 April ini manakala di Indonesia, pada 9 Mei. Selain itu, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga akan dibawa ke China dan India.

“Lebih menarik, kita juga ada mendapat permintaan untuk Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ditayangkan di Uzbekistan dan ia masih dalam perbincangan,” katanya.

Tidak hanya filem, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga kini hadir dalam bentuk aplikasi permainan video yang dilancarkan untuk pengguna Android pada 15 Mac lalu, manakala untuk pengguna iOS pada 4 April lalu.

Seorang daripada pengarah filem itu, Adam Amiruddin berkata, aplikasi permainan video itu kini sudah dikeluarkan untuk bab pertama, permulaan kepada kisah pengembaraan Upin & Ipin, dinamakan sebagai Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal the Game.

“Sekarang, kami sudah lancarkan bab pertama dan selepas ini, akan ada enam bab lain daripada kisah pengembaraan mereka dalam bentuk aplikasi permainan video. Sepanjang pengembaraan mereka, Upin dan Ipin akan mengumpul beberapa barangan yang berkaitan dengan kisah dongeng dan karakter Opah akan menjadi tukang cerita,” katanya.

Selain Adam, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga diarahkan dua pengarah lain iaitu Ahmad Razuri Roseli dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mengisahkan mengenai pengembaraan dua beradik itu yang digarap dengan beberapa karakter daripada kisah hikayat dongeng Melayu lama antaranya Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam, Si Tanggang dan banyak lagi.

Filem itu mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Mac lalu serta masih lagi ditayangkan.

No comments:

Post a Comment

Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas ‘Confirm’ Ketagih

Setiap kali bulan puasa, tak sah rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan. Selain makanan kegemaran, antara yang paling dicari adalah m...