DUNIA KINI
Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas ‘Confirm’ Ketagih
Setiap kali bulan puasa, tak sah rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan. Selain makanan kegemaran, antara yang paling dicari adalah minuman yang dijual.
Selalunya air yang popular atau yang tengah menjadi trend masa kini pasti menjadi pilihan ramai antaranya air jagung. Lagi-lagi, kalau warna air jagung yang dijual itu pekat, pasti ramai yang akan membeli dan cepat habis.
Lepas ni tak perlu risau jika air jagung kegemaran anda habis dijual kerana anda boleh buat sendiri minuman tersebut dirumah. Resepi yang dikongsikan oleh Amir Zarith ini memang boleh buatkan anda ketagih untuk minum dan minum lagi.
Bahan-bahan:
1 botol Kordial jagung
1 tin Susu cair
1 tin Susu pekat manis
Esen vanilla
Gula (ikut citarasa)
Garam (garam secubit)
2 tin Jagung manis dalam tin (jangan blend) biar macam tu je.
Air ikut sukatan sendiri…oopps lupa plak…letak la 2-3 titik sirap merah untuk nampak air jagung tu macam warna air carrot.
Cara membuatnya:
1. Masak atas dapur semua bahan-bahan sampai mendidih, lepas tu angkat kemudian letakkan ais dan boleh diminum.
Dia punya rasa tu sampai tak boleh tidur malam katanya. Bila dah pekena satu cawan mesti tak cukup. Selamat mencuba!
Bertudung Di Kelantan, Sajat Bakal Disaman Kerajaan Negeri?
Umum sedia maklum, status jantina usahawan komestik Sajat masih lagi menjadi tanda tanya. Baru-baru ini, Sajat ke Kota Bharu, Kelantan bagi menjayakan pesta jualan popular Mood Republik dengan memakai baju kebaya serta lengkap bertudung.
Penampilan Sajat itu dikecam teruk oleh netizen serta turut mendapat perhatian Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang mahu kerajaan negeri mengeluarkan saman ke atas Sajat dan melarang usahawan tersebut untuk datang ke Kelantan.
Tindakan perlu diambil berikutan apa yang dilakukan oleh Sajat itu jelas bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan corak pentadbiran Islam.
Jelasnya lagi,sebelum ini kerajaan negeri Kelantan dilihat cukup lantang menolak LGBT, namun berkenaan isu Sajat tiada sebarang tindakan yang diambil.
“Jadi saya mahu kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan saman ke atas Nur Sajat dan ‘gam’ usahawan kosmetik itu dari masuk ke negeri ini.
“Saya nak tanya, mana corak Islam yang dilaungkan sebelum ini. Adakah sekadar hendak meraih kuasa saja baru nak bercakap soal Islam.
Dalam pada itu, rata-rata netizen mahukan Kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap isu tersebut. Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan negeri.
Lepas Dah Tahu Resipi Buat Ayam Panggang Ni Korang Tak Perlu Beli Lagi Kat Bazar Ramadan. Mudah Sangat!
Antara hidangan yang menarik perhatian di bazar Ramadan hingga terjebak untuk kita beli adalah ayam golek atau ayam panggang.
Tapi kan…lepas tahu cara buat sendiri ayam panggang ni korang dah tak perlu beli lagi.
Ikut saja resipi yang mendapat 23k perkongsian di media sosial ni, memang mudah sungguh. Ia dikongsi oleh Sitjua Jua.
1. Bahan-bahan dikisar
Bawang Holland
Bawang merah
Lada hitam
Kiub ayam
Bawang putih
Halia
2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dgn garam. Seterusnya perap ayam dgn bahan yg dikisar tadi.
3. Letakkan sesudu kicap.
4. Gaul sekata. Saya perap 1 malam dan simpan dalam peti sejuk untuk bakar esok.
5. Bangun pagi, ambik ayam diperap masukkan dalam air fryer. Saya guna suhu 170 dan set masa 30 minit.
6. Taaaaadaaaaa seksi kan ayam ni… juicy sangat!
Selamat mencuba ya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
“Bila Jarang Makeup Sekali” Zarina Digelar Patung, Sangat Lawa!
Cantiknya.. Netiz3n memujinya seperti ‘patung’. Apapun, netiz3n memberikan respon positive melihat foto dikongsi Zarina. Sangat cantik!
Pelakon Zarina Anjoulie berkongsi berita gembira kepada pengikutnya apabila berjaya membeli sebuah kereta baharu buatan Malaysia semalam. Kata Zarina, kereta jenama Proton itu kerana dirasakan berbaloi dan dibeli atas dasar mengikut kemampuannya.
“Yeay… new day new car. Biar la proton je yang penting bukan nombor plate bukan register under nama cina mana entah ok. “Beli apa yang afdal dan sesuai dengan ekonomi sendiri.
“Tak sanggup aku nak angkut merc tapi terkinja-kinja nak bayar kang pastu makan maggi pastu kang kena tarik,” tulisnya. Zarina turut menempelak segelintir pengguna yang memandang rendah pilihannya untuk membeli jenama kereta berkenaan.
“Sebelum kau cakap ha proton je … Let me tell u that I had my first BMW since I was 25 and guess what worse decision ever. Sebab nak cam korang la giler glam nak show off, tapi haprak maintenance cam setan semua mahal rosak sikit kalau takde RM2,000 tak payah cerita.
“End up bila jual balik value jatuh nak mati aku rugi.. Untuk apa? Semua untuk kebodohan aku nak show off. I don’t need all that now. I’m happy with my life kereta aku proton tapi hari-hari aku mampu makan udang galah. Dari kau bawak BMW makan ikan reject kat pasar,” tambahnya.
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
Keharmonian dalam sesebuah perkahwinan bergantung kepada bagaimana cara pasangan itu mengemudi bahtera rumah tangga mereka.
Andai saling bekerja sama dan bertolak ansur pasti akan membuahkan hasil bahagia dan aman. Begitu juga sebaliknya jika bersikap pentingkan diri dan ego.
Panggilan kepada pasangan juga memainkan peranan. Menurut saudari Farhana Muhammad , dia tertarik dengan salah satu daripada kuliah Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa berkaitan dengan nada suara isteri kepada suami.
Ustazah menceritakan bahawa beliau pernah ditegur oleh suaminya berkenaan nada suara, bukannya pemilihan kata ketika bertutur dengan suami. Kadang ustazah tidak perasan jika ustazah tertinggikan suara kepada ustaz. Mungkin ada ketikanya tidak bersetuju dengan ustaz, mengeluarkan pendapat, mungkin ada nada suara yang sedikit tinggi ketika berbicara dengan ustaz.
Kata ustaz, ibunya bukanlah seorang yang belajar tinggi. Bukanlah seorang ustazah, tiada master dan phd jauh sama sekali. Seingat suami ustazah, ibunya tidak pernah sekali mengangkat suara di depan ayahnya. Kata ustazah, ustazah terasa amat malu mendengar kata-kata ustaz dan lebih berhati-hati apabila berbicara dengan suami. Ustazah terbayang bagaimana ibu mertuanya menyantuni ayah mertuanya. Dengan manis tutur katanya, lemah-lembut bicaranya apabila berbicara dengan suami.
Jadi, adakah langsung tidak boleh marah sama suami? Tidak. Jika langsung tidak marah itu malaikat namanya. Kata ustazah, ada juga ketikanya marah, tetapi berhati-hati supaya suara ustazah tidak tinggi daripada suara suaminya. Itu baharu berkaitan dengan nada, berkaitan dengan intonasi. Nada dan intonasi ketika bercakap dengan suami amatlah penting. Itu belum lagi termasuk dengan pemilihan kata ketika berbicara dengan suami.
Cuba muhasabah diri, sepanjang perkahwinan bagaimana kita bercakap dengan suami? Pernahkah kita terjerit kepada suami dari tingkat atas ke tingkat bawah?
“Awak kalau nak makan bang, makanlah sudah ada di bawah tudung saji!” Kata si isteri sambil menjerit kepada suami di tingkat bawah.
Ada orang, suka sangat bercakap dengan tinggi nada suara. Apabila ditegur lantas menjawab, “Saya bukannya marah, memang macam ni keturunan saya cakap begini.”
Kata ustazah, janganlah menyalahkan keturunan apabila kita bercakap dengan nada yang tinggi. Kita boleh berubah.
Takkan kita mahu gunakan alasan seperti ini, “Nak buat macam mana, memang adik-beradik saya bercakap begini, macam nak berkelahi.” Takkan kita mahu bersandar pada hujah ini sedangkan kita ada potensi untuk memperbaiki diri kita?
Apabila bercakap dengan suami, kena ada satu intonasi suara apabila berbicara dengan suami. Intonasi yang lembut bicaranya. Sepertimana sabda Rasulullah shallahu alaihi wasallam, ‘Apabila kamu pandang isteri kamu, bergaul dengan isteri kamu, bermuamalah dengan isteri kamu, dia akan membahagiakan kamu.’
Penampilan diri, suara, tutur kata, perilaku, bahasa tubuh, akhlaq, cara berfikir. Semua ini datang dalam satu pakej menenangkan suami iaitu isteri solehah.
Sambung ustazah lagi, pada awalnya beliau cukup str3ss memikirkan bagaimana lagi perlu bercakap lembut dengan suami? Tetapi ustazah berfikir secara positif. ‘Ya Allah, sampai begini sekali Engkau mendidik aku istiqamah supaya kelembutan menjadi sikapku.’
Allah memberikan sesuatu kepada orang yang lembut, sesuatu yang Allah tidak berikan kepada orang yang bersikap kasar. Ada sesuatu Allah hanya berikan kepada orang yang bersikap lembut.
Salah satu cara bersifat santun ialah, memanggil orang dengan gelaran yang dia gemar, lebih-lebih lagi kepada pasangan kita.
Jika bercakap dengan suami, perlu ada panggilan yang menyenangkan. Begitu juga panggilan buat isteri, suami perlulah memanggil dengan panggilan yang menyenangkan hati si isteri.
Ustazah meyakini bahawa panggilan kepada pasangan dalam rumah tangga amatlah penting dan memberi kesan yang besar. Kerana.. semakin lama sesebuah perkahwinan, semakin sukar untuk menyuburkan kasih sayang.
Elakkan panggilan saya-awak, I-you dan gantikanlah dengan panggilan yang lebih lunak dan mesra didengar oleh suami kepada isteri ataupun oleh isteri kepada suami. Maka, panggillah pasangan dengan panggilan yang menyenangkan. Dan bertuturlah dengan pasangan dengan tona suara yang sedap didengar oleh pasangan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Usia bukan penghalang Nana kahwin lelaki lebih muda
PENYANYI, Siti Nordiana tidak dapat menepis takdir seandainya dijodohkan bersama penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar. Menurut Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali Nana, peminat suka melihat apabila mereka rapat apatah lagi jika bersatu hingga ke jannah.
“Peminat ini… memang suka nak menjodohkan dengan artis yang mereka suka. adi perkara seperti itu saya memang tak boleh nak halang. Saya dengan Khai dah kenal lama sejak dari zaman dia suka smule lagi, malah show bersama.
“Hubungan kami memang baik tetapi tidak lebih daripada sebagai kawan. Tapi kalau dah dijodohkan dengan dia saya tak boleh nak buat apalah,” katanya tersenyum. Walaupun berbeza sembilan tahun lebih berusia, Nana, 34, tidak menolak jika itu sudah ketentuan-Nya.
“Bagaimanapun, usia itu bukan penghalang. Meski jarak usia jauh berbeza boleh sahaja berkahwin”. Sumber sinar
Artikel berkaitan ‘Siti Nordiana putuskan hubungan dengan Alvin Chong’
KUALA LUMPUR 3 April – Tidak sekalipun mendengar spekulasi mengenai percintaan antara penyanyi popular Siti Nordiana atau Nana, 34, dengan pelakon berbangsa Cina, Alvin Chong, 27, tiba-tiba penyanyi lagu Terus Mencintai itu mengumumkan untuk memutuskan hubungan mereka.
Lebih mengejutkan, pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang akhbar yang bertempat di sebuah restoran di ibu kota menerusi sebuah rakaman video. Berkata kepada Utusan Online, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mengakui, dia menjalin hubungan dengan Alvin hanya selama beberapa hari sahaja dan sempat meluangkan masa berdua di Krabi, Thailand.
“Sebetulnya, hubungan kami itu adalah sekadar lakonan untuk menjayakan penggambaran klip video muzik baharu sempena penghasilan single terkini, Hatiku Milikmu. Penggambaran klip video ini dilakukan di Krabi. Jadi, kami ke sana untuk bekerja, bukannya berpacaran,” ujar Nana memberitahu cerita sebenar.
Mengulas mengenai Hatiku Milikmu, karya tersebut adalah ciptaannya sendiri, manakala lirik ditulis oleh Shana. Klip video lagu itu pula mendapat sentuhan penuh daripada pasukan produksi Storytellrs yang berasal dari Romania tetapi bermastautin di Malaysia.
“Biarpun mereka tidak faham bahasa Melayu tetapi setelah diterjemahkan maksud setiap bait lirik kepada bahasa Inggeris, proses penghasilan klip video jadi mudah.
“Mereka sangat kreatif walaupun baru saja membabitkan diri dalam penerbitan muzik video kerana sebelum ini Storytellrs lebih tertumpu kepada penerbitan video berkonsep kembara. Klip video lagu Pematah Hati nyanyian Nabila Razali adalah karya pertama mereka,” kata Nana
Mimpi Kaabah Telah Membuka Hati Michael Ang Untuk Peluk Islam
Mengakui sudah memeluk agama Islam sejak setahun lalu, Michael Ang berkongsi cerita dimana dia telah mendapat hidayah sejak dua tahun lalu apabila dia mimpikan Kaabah.
Menurut Michael, dia bermimpi dibawa masuk ke dalam Kaabah yang dipenuhi dengan teko berwarna emas dan mengeluarkan air yang sangat wangi. Katanya lagi, sejak itu dia mula mendalami tentang agama Islam dan memeluk Islam. “Dua tahun lepas saya mendapat hidayah. Awalnya saya tidak tahu apa-apa mengenai mimpi itu sehinggalah saya google mengenainya.
“Barulah saya tahu orang yang bawa saya masuk dalam rumah itu, dalam itu sebenarnya adalah kaabah. Sejujurnya saya fikir kaabah itu adalah batu yang dibalut dengan kain. Jadi bila tengok dalam google, ianya sama dengan mimpi saya.
“Saya juga bermimpi ada teko emas tergantung dalam kaabah itu mengeluarkan air yang sangat wangi seperti bunga ros. Kemudian saya juga nampak tulisan jawi pada jubin dalam kaabah berkenaan. Sejak itu saya mula mengambil tahu mengenai Islam dan tanya sesama rakan-rakan artis,” katanya kepada mStar Online.
Mengalami kesukaran untuk membaca dalam bahasa Arab, Michael memberitahu dia tetap menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim dan menggunakan bahasa Inggeris dalam pembacaan solat. Dalam pada itu, Michael juga meluahkan rasa syukur perjalannnya untuk memeluk Islam diterima baik oleh keluarganya.
“Walaupun saya dibesarkan dalam ajaran Bvdha, tetapi saya tidak diajar tentang agama itu. Pada ketika itu juga dah sudah mempersoalkan kenapa kita perlu ada banyak tuhan?
“Alhamdulillah, penerimaan keluarga sangat baik. Masa awal-awal masuk Islam, keluarga ada buat kejutan apabila bersama-saam saya meraikan hari raya pertama saya sebagai muslim. Mereka siap belikan saya lemang,” katanya. SUMBER MSTAR ONLINE
Artikel Berkaitan ‘Michael Ang Ded4h Sudah Peluk Islam Setahun Lalu’
Dikatakan sudah bergelar Mualaf semenjak mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu, pengarah dan penerbit, Michael Ang mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu.
Perkara itu did3dahkan Michael sendiri menerusi satu v1deo eksklusif. Menurut Michael, dia mendedahkan perkara itu bertujuan tidak mahu masyarakat memperkatakan mengenai status agamanya setiap kali dia menunaikan solat Jumaat di masjid.
“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.
“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang daripada ada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini. Dalam pada itu, Michael memberitahu juga tidak mahu perkara tersebut diperbesarkan serta meminta orang ramai mendoakan yang terbaik serta semoga penghijrahannya akan sentiasa diberkati.
“Sebenarnya kalau boleh tak nak memperbesarkan kerana ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar,” katanya.
Diruangan k0men akuan Instagram miliknya, ramai netizen meluahkan rasa gembira dan bersyukur di atas penghijrahannya itu. Malah ramai yang mendoakan agar Allah sentiasa memelihara hatinya dan kekal istiqomah.
10 Cara Meningkatkan Stamina
01. Istirahat
Dari sekian banyak aktivitas yang dapat meningkatkan stamina, jangan pernah lupakan istirahat. Tanpa istirahat yang cukup, jangankan stamina meningkat, tubuh kita akan terasa sangat lama dan tak bertenaga. Layaknya mesin mobil yang butuh dimatikan, tubuh kita juga perlu diistirahatkan ketika sudah merasa lelah. Terlalu memaksakan tubuh untuk bekerja hanya akan membuat tubuh menjadi sakit. Apalagi bila sering begadang di tengah malam. Cukupi tidur malam minimmal 7-8 jam untuk mendapatkan tubuh yang lebih segar.
02. Long Slow Distance Run
Long slow distance run berarti berlari dalam kecepatan sedang untuk memastikan tubuh membakar lemak dengan optimal, mengurangi rasa lelah dan juga mengurangi resiko cidera. LSD meningkatkan kinerja jantung, memperkuatnya sehingga dapat memompa darah dan oksigen lebih banyak untuk suplly tenaga bagi otot. Manfaat dari LSD adalah meningkatkan pembakaran lemak dan juga meningkatkan ketahanan tubuh baik dari kerasnya aktivitas fisik maupun penyakit.
03. Berjalan
Di semua majalah kesehatan manapun pasti telah membahas betapa bermanfaatnya aktivitas ini. Hanya bermodalkan sepatu berlari dan dilakukan secara rutin, tidak hanya meningkatkan stamina, berjalan juga dapat memperlancar peredaran darah dalam tubuh dan juga mengurangi stress. untuk memperoleh hasil yang lebih optimal, Anda bisa saja menambahkan kecepatan berjalan Anda atau bisa juga menambah jarak tempuh.
04. Berlari Di Tangga
Latihan simple ini sangat mudah dilakukan dan memberikan manfaat yang banyak hanya saja banyak orang yang telah melupakan aktivitas ini. Aktivitas simple dengan naik turun tangga sangat bermanfaat dalam melatih stamina dan juga otot kaki. Layaknya berlari menaiki jalan yang menanjak, kegiatan satu ini sama sekali tidak membutuhkan biaya. Lakukan secara rutin dan gunakan interval waktu, maka stamina Anda dijamin akan semakin kuat.
05. Berenang
Bila tidak menyukai angkat beban, berenang bisa menjadi allternatif lain untuk melatih stamina. Tidak hanya dapat meningkatkan stamina, berenang juga dapat meningkatkan fleksibilitas tubuh terutama di bagian bahu, pinggul dan seputar leher. Dikarenakan air memiliki resistan yang lebih tinggi daripada udara, hal tersebut dapat memaksa tubuh untuk bekerja lebih keras. Bila ingin hasil yang lebih maksimal lagi, kombinasikan berenang dengan diet yang tepat, maka Anda bisa meraih tubuh impian yang Anda inginkan.
06. Angkat Beban
Selama ini banyak orang menganggap angkat beban hanya olahrag khusus untuk para pegulat. Namun pendapat itu adalah salah besar. Saat ini banyak sekali orang baik itu pria dan wanita yang melakukan angkat beban. Tidak hanya meningkatkan kekuatan otot, dengan metode yang tepat, maka stamina tubuhpun akan meningkat. Otot tubuh yang semakin terlatih membuat orang dapat dengan mudah melewati tantangan fisik dan tidak cepat lelah.
07. Jogging
Jogging merupakan salah satu olahraga termurah dengan sejuta manfaat. Berlari dalam tempo yang lambat, jogging sangat berguna dalam pembakaran lemak dalam tubuh. Apabila jopgging dilakukan rutin akan memberikan banyak manfaat lain seperti menguatkan tulang, memperkuat otot dan tentu saja meningkatkan stamina Anda. Sama halnya dengan bersepeda, untuk semakin meningkatkan stamina, selalu tambahkan jarak tempuh Anda dalam jogging. Jika satu hari Anda jogging dengan menempuh jarak 2km, hari berikutnya buat target menjadi 4km.
08. Bersepeda
Bersepeda menjadi salah satu pilihan terbaik bagi orang yang ingin meningkatkan stamina.Bersepda telah terbukti membantu manusia menyelesaikan berbagai masalah kesehatan dalam tubuh. Tidak perduli apakah itu bersepeda statis atau bersepeda biasa, manfaat yang didapatkan tetaplah sama. Selalu catat berapa banyak Anda bersepeda setiap harinya. Fokus terhadap jarak tempuh bila Anda ingin meningkatkan stamina.
09. Berlari
Pernahkah kalian bertanya-tanya kenapa para atlit jarang sekali merasa lelah. Layaknya melihat orang yang tidak pernah kehabisan tenaga. Salah satu kunci mereka selalu bertenaga adalah dengan berlari. Berlari dapat meningkatkan stamina seseorang dan juga menyehatkan jantung. Dengan berlari setiap hari, tubuh dan terutama lagi jantung akan terus menerus dilatih sehingga semakin kuat. Jangan merasa takut apabila Anda tidak bisa berlari secepat atau sejauh seperti para atlit. Lakukan lari dalam kecepatan yang dapat Anda lakukan dan dengan jarak tertentu. Bila dilakukan secara rutin, stamina Anda pasti akan meningkat.
10. Circuit Training
Circuit training adalah salah satu jenis latihan yang berfokus pada lebih dari 2 otot tubuh yang berbeda dalam periode waktu yang pendek. Latihan circuit training tidaklah jauh berbeda dengan aerobik hanya saja menggunakan tempo yang sedikit lebih cepat daripada aerobik. Karena kegiatan circuit training merupakan latihan yang cukup intens, maka latihan ini dapat meningkatkan stamina seseorang dalam waktu yang cepat. Tidak hanya dapat meningkatkan stamina, circuit training juga dapat meningkatkan kekuatan otot.
6 TIPS BERGUNA ELAK MOTOSIKAL ANDA DICURI
Dalam hidup anda berapa kali dah hilang motor? Saya dah pernah hilang 2 kali. Yamaha RX-Z dan Yamaha 125Z. Sejak itu memang serik dah nak beli motor panas macam ni. Beli Modenas CT115, yakin 200 peratus tak ada sapa nak curi motor ni. Tinggal kunci di suis penghidup pun tiada masalah. Pergi masuk 7 Eleven pun boleh biar enjin hidup pencuri pandang pun tidak.
Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan atau sekurang-kurang menyusahkan pencuri untuk mencuri motor anda. Melengahkan pencuri memberi peluang kepada orang kampung membelasahnya kalau tak sempat nak bawa lari.
1. Kunci brek hadapan (disc lock)
Kunci pada brek hadapan sangat efektif untuk menghalang motosikal anda digerakkan khususnya jika motosikal anda mengguanakan brek cakera di hadapan (ada lagi ke motor brek drum depan?). Ianya merupakan suatu langkah pencegahan visual kerana mampu dilihat sebaik sahaja sesiapa mendekati motosikal anda.
Sebab itulaah kebanyakan pengunci cakera brek ini didatangkan dengan warna-warna yang terang sebagai langkah amaran kepada pencuri. Ada juga pengunci yang dilengkapi sensor pergerakan untuk menakutkan pencuri dan mengingatkan anda sendiri jika anda belum membuka pengunci sebelum mula bergerak. (Pernah berlaku beberapa kali kepada kami sebelum ini).
2. Kunci motor menggunakan rantai atau kabel
Motosikal yang dikunci dengan dengan menggunakan kunci brek hadapan masih boleh dilarikan jika jumlah pencuri tiga ataupun empat orang. Mereka masih boleh mengangkat motosikal anda ke dalam lori ataupun van seperti yang dilakukan oleh penguatkuasa majlis perbandaran.
Sentiasa amalkan menambat motosikal anda menggunakan rantai dengan objek-objek kekal seperti tiang lampu jalan ataupun ikatkan sekali dengan motosikal rakan-rakan anda. Ingat bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lagi.
Selain rantai besi, kabel aloi juga boleh digunakan kerana ia lebih ringan dan kukuh. Untuk memotongnya pula perlu menggunakan alat kimpalan logam yang semestinya bukan senang untuk di bawa kehulu kehilir
3. Sistem penggera (alarm)
Sistem penggera berfungsi sama seperti penggera kenderaan lain contohnya kereta. Ia menggunakan alat kawalan jauh untuk mengaktifkan dan mematikannya. Ada juga sistem penggera yang dilengkapi dengan pengesan pergerakan untuk memastikan tidak ada sesiapa mengganggu motosikal anda.
Jika ada, siren akan dibunyikan untuk menakutkan pencuri dan menarik perhatian orang sekeliling. Tetapi ia ada kekurangannya, biasa pencuri yang mahir akan dengan sengaja mengusik motosikal anda sehingga ianya mengeluarkan siren amaran.
Mereka akan memerhatikan jika pemilik datang melihat motosikal itu. Proses ini akan diulang beberapa kali sehingga mereka pasti pemilik tidak berada berdekatan. Akhir sekali mereka akan mengangkut motosikal anda sekali dengan sistem penggeranya. Wassalam
4. Pilih tempat parkir yang sesuai
Memilih tempat parkir memang sukar di bandar seperti Kuala Lumpur. Silap parkir, kena angkut dengan dewan bandaraya. Tetapi jika ada pilihan, pilih tempat parkir yang selalu ada orang lalu lalang dan terang. Contohnya di depan restoran tempat anda selalu menjamu selera, ataupun di lobi hotel tempat anda menginap.
Kita kena ingat yang motosikal ini bukannya benda kecil yang kita boleh sembunyikan di tempat-tempat sulit. Selain daripada itu kita juga kena ingat yang pencuri biasanya sukakan privasi. Mereka biasanya tidak bertindak di tempat-tempat awam.
5. Bertindak bijak
Pencuri-pencuri mahir biasanya bertindak bijak. Mereka akan terlebih dahulu membuat kerja rumah (home work lah, bukan cuci rumah). Contohnya mengikut anda pulang ke rumah dan memerhatikan kebiasaan anda seperti cara anda menyimpan motosikal anda.
Jika anda mempunyai pintu pagar ataupun garaj yang bertutup, pencuri masih mampu memotong ataupun mengumpil mangga keselamatan anda. Satu cara yang berkesan ialah meletakkan motosikal anda di hadapan kereta anda. Pastikan adalah sesuatu yang mustahil untuk mengeluarkan motosikal anda tanpa mengalih kereta anda terlebih dahulu. Bijak bukan? Ataupun tambatkan sekali lagi dengan rantai ke bahagian hadapan kereta anda.
6. Tips rahsia tambahan
Ini satu langkah terakhir dan paling nekad. Sehingga hari ini kami telah amalkan dan terbukti sangat berkesan. Kalau rasa nak viralkan pun silakan untuk memerangi pencuri-pencuri yang bermaharaja lela sekarang ini. Caranya ialah dengan membeli ataupun menggunakan motosikal yang kurang bernilai ataupun langsung tak ada nilai sampai rosak pun orang tinggal tepi jalan.
Antara model pilihan kami ialah motosikal Demak, JRD (bukan sport rim keluaran JRD tau), MZ, Sym dan macam-macam lagi yang memang biasanya pakai setahun dua dan kondem. (Setakat ni MZ Moskito yang saya beli dengan harga RM800 bawa pergi ke masjid dengan kunci tertinggal pun tak ada orang ambil….sedih tau)
Inilah enam tips yang sangat berguna untuk mengelak kecurian motosikal. Ingat sikit bukan senang hendak buat pinjaman motosikal pada zaman gawat ni. Tipu slip gaji pun belum tentu lepas. Kalau hendak lagi selamat, gunakan kesemua tips yang diberi oleh kami untuk melindungi motosikal kesayangan anda.
Bagi yang pemalas macam kami, tips nombor enam sudah lebih dari cukup. Ia ibarat ketua bagi segala jenis tips yang ada di muka bumi ini.
Nak Kahwin Tahun Depan, Duit Tak Cukup Lagi? Start Dengan 13 Tips Ini Sekarang
Sempena cuti sekolah sekarang ini, ramai anak-anak muda mengambil kesempatan untuk melansungkan perkahwinan. Tahniah kepada yang dah berjaya bina rumah tangga!
Namun bagi yang masih merancang dan mungkin tak nampak ‘bayangan’ lagi siapa jodoh korang, teruskan bacaan ini. Bukan dah jumpa calon baru nak menyimpan, sudahnya pinjaman peribadi juga jadi pilihan.
Tabung kahwin dari sekarang
1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.
2. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.
3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.
4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
Lupakan pembiayaan peribadi
5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.
6. Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.
7. Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
8. Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.
Kurangkan kos
9. Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
10. Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
11. Jom bantu Cik NH. Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
Buat part time
12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.
13. Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.
Bagaimana Mengkafan Jenazah Jika Tiada Kain Putih?
Kafan bermaksud suatu yang membalut atau menutup badan jenazah yang meninggal dunia. Secara umumnya, mengkafankan jenazah dengan kain putih adalah dituntut di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ فَإِنَّهَا خَيْرُ ثِيَابِكُمْ وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ
“Pakailah dari pakaian kamu yang berwarna putih, sesungguhnya ia merupakan pakaian terbaik kamu dan kafankanlah orang yang meninggal dunia dari kalangan kamu dengan warna putih.” [Riwayat Abu Daud (4061)]
Kata perintah dalam ayat tersebut membawa kepada hukum sunat. Ini kerana, Rasulullah S.A.W ada memakai pakaian-pakaian yang tidak berwarna putih dalam keadaan yang banyak bagi menjelaskan keharusannya.
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa proses mengkafankan jenazah ini disunatkan padanya untuk menggunakan kain kafan yang berwarna putih. Jenis (kainnya) pula bagi hak si mati adalah apa yang dibolehkan untuk dia memakainya semasa masih hidup. Maka dibolehkan untuk dikafankan orang perempuan menggunakan kain sutera, namun makruh hukumnya. Manakala bagi orang lelaki haram dikafankan dengan kain sutera. [Lihat Raudhah al-Thalibin, Al-Nawawi (2/110)]
Justeru, jika tiada kain kafan dalam pemahaman masyarakat iaitu kain yang berwarna putih, maka boleh untuk jenazah dikafankan dengan apa sahaja kain yang dibolehkan untuk si mati memakainya semasa hayatnya.
Sekiranya tidak mencukupi tiga helai kain, memadailah dengan sekadar satu helai kain sahaja untuk menjadi kain kafan kepada si mati. Kata Imam al-Nawawi:
أقل الكفن ثوب ، وأكمله للرجال ثلاثة ، وفي قدر الثوب الواجب ، وجهان . أحدهما : ما يستر العورة ، ويختلف باختلاف عورة المكفن في الذكورة والأنوثة . والثاني : ما يستر جميع بدنه إلا رأس المحرم ، ووجه المحرمة
“Sekurang-kurang kain kafan adalah sehelai pakaian. Yang paling lengkap adalah tiga helai pakaian. Kadar pakaian yang wajib (sebagai kain kafan) ada dua pandangan (di sisi ulama mazhab):
Pertama: (Pakaian) yang menutup aurat, dan ia berbeza dengan perbezaan aurat individu yang dikafankan antara jenazah lelaki dan jenazah wanita.
Kedua: Pakaian yang menutup kesemua tubuh badan jenazah melainkan kepada jenazah yang dalam keadaan berihram dan wajah jenazah perempuan yang dalam keadaan berihram.”
[Rujuk Raudhah al-Thalibin, Al-Nawawi (2/110)]
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa sekiranya tidak terdapat kain kafan yang berwarna putih keseluruhannya itu untuk digunakan dalam proses mengkafankan jenazah, adalah dibolehkan untuk dikafankan jenazah dengan pakaian yang menutup seluruh aurat jenazah dengan jenis kain yang dibolehkan kepada dirinya untuk dipakai semasa hayatnya di dunia.
Kami juga mencadangkan agar para pendakwah yang berdakwah kepada masyarakat-masyarakat di pedalaman agar turut membawa bersama bahan-bahan pengebumian masyarakat bagi memudahkan urusan masyarakat tersebut.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas ‘Confirm’ Ketagih
Setiap kali bulan puasa, tak sah rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan. Selain makanan kegemaran, antara yang paling dicari adalah m...
-
Dalam hidup anda berapa kali dah hilang motor? Saya dah pernah hilang 2 kali. Yamaha RX-Z dan Yamaha 125Z. Sejak itu memang serik dah nak...
-
Tanpa stamina yang cukup, manusia akan mudah merasa lelah dalam menghadapi kerasnya aktivitas sehari-hari. Namun bukan berarti kita tak b...